Friday, July 18, 2008

keep moving forward

Andai kau terasa dirimu telah jatuh ke bawah, fikir lagi di mana kau berada sekarang. Bukankah jatuhmu ini menandakan kau sedang berada di atas, maka kau punya kekuatan untuk teruskan lagi perjalananmu itu. Kekuatan yang sebelum ini boleh membuatmu berada di atas. Mungkin jatuhmu itu untuk mengajarmu erti usaha dan tabah.

Di jalan yang berkabus, bisakah kau tahu jalan di hadapan itu ada lubang... sekiranya kau tidak pernah jatuh disitu. Bisakah kau bertemu tangga untuk naik ketika dalam lubang itu.. andai bila terjatuh kau hanya terus duduk disitu?

Perjalanan hidup ini sentiasa terus kehadapan, kerana masa terus bergerak kehadapan. Di tambah pula kita ibarat berjalan di jalan yang berkabus, tidak ternampak apa yang ada dihadapan.. hanya ada kita, bersama ilmu, iman dan taqwa... oleh itu, ketika dirimu melangkah, buatlah perkiraan dengan ilmumu yang ada, buatlah pertimbangan dengan iman, dan lindungi dirimu dengan ketaqwaan pada Allah dan rasulnya.. sesungguhnya Allah akan sentiasa membantu, pada mereka yang tidak kenal putus asa..

pada diri dan jua teman2 teruskan kehadapan.. selamat berjuang dan semoga berjaya.. yakinlah dihadapan ada kejayaan, ganjaran untuk segala lelah dan pengorbananmu..

Wednesday, July 16, 2008

kau marahkan aku

kau marahkan aku,
tiada lagi kedengaran bicaramu,
walau dari semalam ku menunggu,
seunjur waktu jua ku mohon padamu,
andai mungkin kemaafan dari mu,

kau marahkan aku,
apalagi dayaku mampu,
hanya termenung mengenang laku,
ku akui itu semua salahku,
mungkin kah ada lagi ruang untukku?

kau marahkan aku,
ku hanya mampu menunggu,
jawapan apa darimu,
harap sudi maafkan aku....

birukah awan itu?

birukah awan itu?
sejak semalam ku menunggu,
membuka bicara sepi kelabu,
menhimpit resah seakan haru,

birukah awan itu?
tika dikau meragut tawaku,
tika dikau lukakan hatiku,
berpaling cinta buatku layu,

birukah awan itu?
bila kini kau ditempatku,
rasakan hatiku yang pernah luluh,
termakan rasa terhimpit sembilu,

birukah awan itu?
bukan niat demikian laku,
hanya diri kesempitan waktu,
mengejar cerah merempuh sendu,

birukah awan itu?
inginku gapai indahnya dulu,
kenangan terindah di gunung salju,
bisakah tercapai hingga ke situ..

birukah awan itu?
ya ia masih biru,
masih seperti dulu,
hanya aku yang menyemburu..
kerana di sini tidak seperti dulu..

Tuesday, July 15, 2008

Kenapa Hanya Rindu

Kenapa hanya rindu?
Episod rasa yang luluh,
Rimbunan kasih yang kuyu,
Andaian mimpi yang sayu,
Nantikan hadirnya dirimu,
Agar terlerai kesumat rindu,

Kapankah ianya kan berlaku?
Unjuran kasih melebur rindu,

Mungkinkah semuanya kerana aku?
Andai ku mula ungkapku dulu,
Lantaskah dikau menyahut aku,
Umpama cinta yang lama ku tunggu..