Friday, April 17, 2009

Ujian MEdSI~ DPLI

Esok saya akan menduduki ujian MEdSI. Saya pun tak tahu apa yang patut saya buat sebagai persiapan, setelah lama bertapa dirumah. Mungkin rasa kekok sedikit. Apapun, persediaan mental, emosi dan fizikal adalah sangat penting. Ada empat kategori yang akan diuji iaitu ujian Personaliti, Minat Kerjaya, Integriti dan Kecerdasan Emosi. Sebanyak 300 soalan perlu dijawab dalam masa sejam, oleh itu setiap satu soalan perlu dijawab dalam masa 2saat. InsyaAllah.. Bittaufiq wannajah..

20090417230526

Ni gambar ilustrasi penulis yang bakal menjadi guru.. Aamin

Tips legakan resdung/ alergi di muka

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi skit tentang tips nak legakan alahan kat muka ni, terutama resdung hidung. Urutan ni ummi saya yang ajarkan, Alhamdulillah sedikit sebanyak lega skit pas buat urutan ni. Cara dia senang je, urut guna jari telunjuk belah kanan dan kiri. Letak jari kedua-dua tangan kat bawah kening, kemudian urut pelan. Tarik tuun sampai tepi hidung, turun ke dagu, leher dan ke bahu. Ulang sampai rasa lega skit. Saya ada lampirkan gambar kat bawah untuk lebih faham. InsyaAllah.. semoga berguna.

20090417224631

p.s ini cuma tips yang tidak pernah diuji secara saintifik, jadi saya tidak tahu sekiranya ianya benar menjanjikan kelegaan. Walaubagaimanapun, ianya berkesan pada saya. ^,^ Senyum selalu..

lagi p.s gambar ni saya lukis sendirik... hahaha..