Saturday, February 18, 2012

Penantian dan Debaran

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Nampaknya semakin masa berlalu semakin liat aku untuk mencoret di laman yang satu masa dulu menjadi teman setiaku. Mungkin kerana persekitaran dan perubahan masa membuatkan aku semakin jauh dan jauh.

Apa yang penting Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana atas limpah kurnianya aku rasa hidup ini semakin manis :) semoga kemanisan ini berpanjangan dan tidak pula membuatkan aku menjadi hamba yang lalai..

Penantian yang kini sudah mencapai 38 minggu membuatkan aku semakin berdebar dan teruja. Aku bakal menyandang sebuah jawatan tetap yang baru. Jawatan yang memerlukan komitmen besar, kesabaran, ketabahan dan kecekalan.. itulah jawatan sebagai seorang Ummi. Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga semuanya selamat.. Aamin