Tuesday, November 11, 2014

End of 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Walaupun berbaki lagi sebulan setengah, but its time to get prepared for the end of 2014. Persediaan dan Perancangan untuk menghadapi Tahun 2015 perlu disusun sebaiknya. Walaupun, esok kita masih tidak pasti.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Sudah lama menyepi buat ke sekian kalinya, kini masa dan ruang memberi keizinan untuk melawati teratak sunyi yang kiranya sudah hampir 2 tahun tidak ber "update". Maafkan saya.