Assalamualaikum W.b.t,
Memang agak terlalu lama meninggalkan ruang ini tiada berpenghuni. Sunyi sepi. Terasa macam-macam perkara yang berlaku dan pelbagai juga rencahnya.
Buat kali ini, aku menulis sebagai luahan hati. Seperti tajuk post kali ni "Bukan Mengharap Ganjaran - Tapi Hargailah", itulah yang membuat hati ini sedikit terguris.
Begini ceritanya, sebagai perkongsian maklumat dan artikel tulisan yang banyak kata-kata yang bermanfaat terasa diri ini terpanggil untuk berkongsi dengan seorang yang tersayang. Lebih-lebih lagi situasinya amat bertepatan dengan artikel yang diberi. Dengan harapan mesej yang bermanfaat sampai dan bakal mengubat hatinya, tapi artikel itu dibiarkan tidak berusik. Bila ditanya "sudah terima mesejnya?" dijawab "sudah". Jadi diri ini mungkin terlebih "excited" membincangkan perihal isi kandungan dalam artikel, tapi perbincangan terasa disambut dengan kehambaran. "Aku salah cakapke?" tapi dia menafikan dan memberitahu dia tidak faham apa yang aku cakapkan, bila diingatkan semula tentang artikel, barulah diberitahu dia tidak membuka lagi mesej tersebut. Malah dia beritahu aku "artikel itu tidak penting dan bukannya dapat membantu menyelesaikan masalahnya".
Terasa bagai ngilu dihati, usahaku untuk membantu dianggap tidak penting dan cuma sia-sia. Salahkah aku memberi/ berkongsi sesuatu yang boleh menambah manis dalam jiwa dan akal?. Aku bukan mengharap dia berterima kasih, tapi aku cuma harap dia manfaatkannya dengan membacanya.. kalau tidak pun buka dan jeling sedikit pun jadilah. Itupun sudah cukup untuk aku rasa usahaku dihargai..
Duhai temanku tersayang.. Ku selalu akan terus doakanmu tanpa jemu.. Semoga Allah membantu mempermudahkan urusanmu dalam setiap waktu.. Aamin..