Satu pagi, aku teringin untuk buat sandwich untuk sarapan. Aku lihat roti sandwich ada. Tapi bahan-bahan lain pula yang tiada. Terutama mayo. So, my curiosity give me an idea. This is what I've tried. The sandwich without mayonise.
Bahan-Bahan Sandwich:
telur 2 bji
tepung jagung 1 sudu (bancuh dalam air)
garam (perasa)
sayur kobis
Cara Menyediakan: Goreng telur yang sudah dicampur dengan sedikit tepung jagung (selepas dibancuh dengan sedikit air). Sudah siap, masukkan sayur kobis dan gaul. Letak tepi dulu.
Bahan-bahan Pengganti Mayonise pula:
bawang
asam limau
cili boh
gula
garam
lada hitam
sedikit air
2 sdu tepung jagung
Tumis dan masukkan semua bahan-bahan. Tunggu sehingga sedikit kental kemudian mati api, masukkan bahan sandiwich di atas.. dan gaul. letak isi atas roti.. walla.. jadila sandwich xmayo ;)
Ahahaha.. kekurangan adalah kelebihan ;)
Antara benar atau tidak, ianya tetap sebuah penantian. Begitu juga halnya dengan menanti Tuntutan Pencen arwah abah.
Masa berlalu, keperluan untuk "wang" makin menghimpit, dengan hutang kereta, rumah dsb. Terfikir disudut hati, tidakkah mereka rasa berdosa kerana melambatkan pemberian hak milik kami (anak yatim)? Sudah lengkap semua borang dan juga urusan mahkamah. Sekarang semua urusan mereka, adakah mereka dapat senang lenang sedangkan orang lain yang menunggu urusannya susah?
Bila ditelefon ke pejabat, mereka keluar.. minum2. Pukul 9 pagi, pukul 3 petang susahnya mendapatkan mereka. Hati ini mengatakan mereka kejam. Apa yang mereka perlu tangguhkan? Tidakkah mereka takut.. tanggungjawab tetap tanggungjawab, itu yang akan dipersoalkan nanti diakhirat. Tentang harta peninggalan abah tu, sangat2 kami perlukan untuk meneruskan hidup. Bukan baru.. Sudah lama masa berlalu sekarang sudah lebih setengah tahun. Apa yang mereka buat?
Saban hari, kami hanya mampu berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.. Alhamdulillah ummi bekerja. Dapatlah menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan menyara kami 7 beradik.
Cuma hati ini terfikir, bagaimana dengan keluarga yang kehilangan ayah yang bekerja kerajaan tetapi ibu suri rumah sepenuh masa? Anak ramai dan masih kecil dan bersekolah? Tuntutan pencen pula ambil masa lama untuk dapat.. Kasihan..
Hari itu di mahkamah, kelihatan seorang ibu bersama beberapa orang anak kecil dengan keadaan hiba dan nampak dhaif. Mereka datang dari jauh untuk urusan menuntut harta ayah mereka. Sedangkan kesedihan belum habis, pihak lain pula menambah beban di bahu-bahu mereka. Sedih melihatkan keadaan mereka.. Sesungguhnya hanya Allah lebih mengetahui.
Sebelum ini aku berblog di wordpress, skarang tergerak hati berpindah ke blogger. Apa kelebihan Blogger berbanding wordpress? Itu satu perdebatan yang hangat. Dont get me wrong, there nothing bad with wordpress that makes me change to blogger. Just moved :)
Antara blogger dan wordpress masing2 bersaing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. But of course both of them struggle to be the best. For now let see what they have:
Feature
Blogger.com
Wordpress.com
Themes and customization
New: Blogger has introduced a collection of easy-to-customize templates (more info). Earlier templates are not available in the new collection, but you can still edit them.
No template editing. Style sheet editing is only available as a paid upgrade. Many of the 90+ themes let you upload a header image. Some have additional customization options.
"Pelbagai bentuk cabaran yang dihadapi semasa praktikal di SMK Taman Sri Muda antaranya aku perlu mengajar cepat2 mengikut apa yang dikehendaki oleh mentor, sepantas 1 bab untuk seminggu. Selama 3 bulan mengajar aku perlu menghabiskan 4 bab untuk di ajar. Cabaran lain ialah aku perlu berhadapan dengan kelas hujung, dan yang lebih menyulitkan lagi ialah subjek yang diajar diletakkan pada masa-masa akhir waktu persekolahan dimana pelajar-pelajar banyak yang ponteng dan sudah bersiap sedia dengan beg sekolah untuk balik. Aku perlu menunggu 10 minit lebih awal di depan kelas untuk mengelakkan pelajar ponteng kelas, aku juga perlu memantau setiap pelajar dan memastikan mereka tidak keluar dari kelas. Pelajar enggan mendengar cakap guru sekiranya mereka ingin ponteng, malah pelajar mencari pelbagai alasan untuk mendapat kebenaran keluar kelas dan ponteng."
Ni adalah ayat skema bagi memaparkan refleksi sepanjang praktikal. Apapun Alhamdulillah segalanya dilalui dengan baik. Mulanya terasa agak-agak sukar.. lebih-lebih lagi aku masih dalam keadan bersedih kehilangan abah.. mulanya aku rasa tidak mampu.. (deep in my heart I feel so sad because there are some people didnt want to consider my situation-- so sad).
Minggu ROS memang minggu blur, nasib ada kawan-kawan sepraktikal dari u lain. Cikgu Su, Jayaveni, Rosmi and Hafezi thanks for the tips, support and sharing. Happy juga ada cikgu skolah yang sudi membantu, xla beban ni terasa berat sangat. :) thanks C. Shanti, C. azuana and of course my mentor. Sebenarnya ramai yang membantu :) there all so nice. Ahha.. sessi berterima kasih lak.. haha.
Macam-macam peristiwa yang sangat manis untuk dikenag-kenang. Kelas yang aku ajar? 5 A, D, E, F dan I dan yang paling slalu jumpa kelas 4 G. So sweet. Banyak sangat yang ku rasa aku pelajari, budak-budak ni pun tolong aku belajar dengan menunjukkan pelbagai karenah yang membuatkan aku xcukup tangan dan suara. The tougher the give the harder I became. I guess. In this 1st time class teaching experience I will never forget. Kad2 warna warni dari pelajar2 sangat sweet, xpernah rasa boring baca. Mesti nak gelak.
"Buatlah air minuman yang manis dan sedap daripada limau yang masam"
Kata-kata ini seperti memberikan suatu makna yang mendalam bagi diriku. Sehingga aku menulis kata-kata ini di atas sebuah penanda buku yang ku buat daripada sehelai daun kering. Bagi aku maknyanya lebih kurang begini, tika kita dilanda kesusahan dan kesedihan (seperti limau yang masam) tambahkan la manis di atas kejadian yang berlaku (hikmah disebalik kejadian yang menimpa) bersyukur dan terima ketentuanNya.
Tahun 2010
Kehilangan insan tersayang yang menimpa keluargaku pada Januari tahun ini, benar-benar meninggalkan kesan pada diriku. Sungguh hidup ini tidak dapat dijangka, hanya Dia yang maha mengetahui. Sungguh hati ini sangat-sangat merindukan abah..
Dalam duka ada suka, namun keduanya saling bertentangan dan berebut-rebut menerpa hati dan emosi. Tahun ini juga aku tamat pengajian dan bakal menjadi seorang pendidik. Mulanya rasa tidak mampu untuk berhadapan dengan tekanan tetapi kugagahi diri dan Alhamdulillah berjaya akhirnya menghabiskan praktikal yang amat ku terasa cabarannya. Life must go on, even you are still hurt.. along with life is responsibility and commitment.
Hari ini perjalanan masih diteruskan, dugaan perlu diharungi dengan penuh kesabaran. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini Aamin..
"Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars" - Brian