Monday, March 31, 2008
pening
Tinggal sikit lagi, aku harus terus mara..
Thursday, March 27, 2008
bisakah..
Panahan kata-kata racun, mematikan tawaku. Bisakah waktu itu kan tiba, ku rindukan ketenangan dan kelapangan.. Ya Rabb.. ku pohon secangkir kekuatan.. Agar mampuku berdiri hingga ke sana..
Wednesday, March 19, 2008
Seorang anak kecil dan mainannya
Maka dia berkata lagi, "Oh, bukan di situ, mungkin yang sebelah kanan. Cuba ayah tengok di situ pula." Ayahnya menuruti apa yang dikatakan, tapi tetap mainannya itu belum boleh diperbaiki lagi.
"Kalau begitu, cuba yang bahagian depan pula."
Kali ini ayahnya marah, "Sudah! Kalau kamu pandai, mengapa tidak kamu baiki sendiri saja? Jangan ganggu ayah lagi. Ayah banyak kerja lain."
Setelah dia mencuba beberapa saat untuk membaikinya sendiri dan masih belum berhasil, maka akhirnya dia kembali kepada ayahnya sambil merengek. "Tolonglah ayah, saya suka mainan ini, kalau rosak begini bagaimana? Tolong laa..."
Kerana tidak sampai hati mendengar rengekan anaknya, si ayah akhirnya menyerah, "Baiklah, ayah akan membaiki mainanmu asalkan kamu berjanji tidak memberitahu apa yang harus ayah lakukan. Kamu duduk saja dan perhatikan ayah buat."
Ketika ayahnya sedang membaiki mainannya, si anak mula bersuara lagi, "Jangan yang itu, rasanya bukan bahagian itu yang rosak."
Lalu ayahnya membalas, "Kalau kamu komen lagi, kamu baiki sendiri mainan ini." Kerana takut ayahnya akan benar-benar melakukan apa yang dikatakannya, anak itu diam dan duduk melihat saja sehingga mainannya berhasil diperbaiki.
Seperti anak kecil itu, kita juga sering kali berserah kepada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi mahu mengatur Allah bagaimana sebaiknya jalan hidup kita. Bila kita sungguh-sungguh pasrah kepada kehendak Allah SWT, maka nescaya Allah SWT adalah yang Maha Mengetahui dan sangat mencintai kita agar melalukan yang terbaik, lebih dari apa yang kita fikirkan dan doakan, sesuai dengan kehendakNya...
Kita merancang yang terbaik dalam hidup ini, Dia juga punya perancangan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Namun, segala perancanganNya adalah yang terbaik. Dia Mengetahui, sedang kita tidak. Dia Berkuasa sedang kita ini hanya hambaNya yang lemah lagi hina...Maka, sandarkanlah segala sesuatu hanya padaNya...
Tuesday, March 18, 2008
Harapan Seluas Langit
Terkenang, suatu ketika dulu aku pernah menangis diejek rakan kelas ku kerana aku mendapat nombor tercorot. Perlahan nenenda mengusap kepalaku, "usah menangis cu, pandanglah ke atas.. selagi kau lihat langit itu luas.. begitulah seluasnya harapan untukmu, kamu akan berjaya cu.." ujarnya sambil menghadiahkan senyuman. Aku pegang kata-kata itu, setiap kali aku akan memandang langit untuk mencari semangat.. ya.. sampai sekarang.
Tiiiit... "Puan, client kita dah sampai". Terhenti lamunan ku seketika, jauhnya aku mengenang. Sambil tersenyum ku mulakan langkahku. Langkah seorang peraih.. ya.. dengan kata-kata itu. Aku kini punya syarikat sendiri.. tentulah HARAPAN Holdings sdn bhd..
Sambil memandang ke ruangan jendela, ku tatap langit yang tiada bertepi..
hatiku berkata.. peluangku untuk berjaya tiada bertepi, selagi langit luas terbentang.. aku akan terus mara kehadapan.. kerana ku yakin.. harapan itu seluas langit..
Monday, March 10, 2008
Sampai masa..
tidak ku mengerti..
hari ini semakin pening kepalaku memikirkan perkara yang entah apa kesudahannya. Day by day.. hari terus berlalu begitu saja, meninggalkan aku yang terpinga-pinga di alam duniaku. Dimanakah aku? apakah tujuanku? terkadang terasa apa yang ku genggam ditangan cuma angin.. sampai masa aku lepaskan apa yang dulu ku genggam erat.. ku lepaskan tanpa ada rasa menyesal..
betulkah aku tidak akan menyesal?
if i could find the answer.. it wouldn't end like this.. am i regretting?
Monday, February 25, 2008
Perjalanan
Aku ingin berterbangan mencari harapan yang seluas langit itu.. meninggalkan diriku yang lalu bersama kenangan..
Namun, aku tidak akan lupa susah payah ku tika di bawah dulu.. sesekali ku imbas laluan-laluan ku semalam.. Bersyukur aku sudah sampai ke sini..
kini, aku tidak akan mensia-siakan ruang hidupku yang beberapa detik cuma.. Aku perlu terus terbang kehadapan...
Ya Rabb.. kurniakan ku kekuatan dan ketabahan.. Sinari hatiku dengan petunjukmu..
ku yakin.. hanya yang terbaik dari Mu untuk ku...
Thursday, February 21, 2008
Kisah si pokok, daun dan angin..
POHON
Rakan memanggilku "pokok" aku suka menjadikan pokok sebagai trademark ku. Aku sudah bercinta sebanyak 5kali.
Ada seorang gadis yang sangat AKU cintai..tapi AKU tidak punya keberanian untuk mengatakannya… Dia tidak cantik..tidak memiliki tubuh yang sexy.. Dia sangat peduli dengan orang lain..religius tapi..dia hanya wanita biasa saja. AKU menyukainya..sangat menyukainya.. Gayanya yang innocent dan apa adanya.. Alasan AKU tidak menjadikannya kekasihku kerana… AKU merasa dia sangat biasa dan tidak serasi untukku… AKU takut…jika kami bersama semua perasaan yang indah ini akan hilang… AKU takut kalau gosip2 yang ada akan menyakitinya… AKU merasa dia adalah “sahabatku”… AKU akan memilikinya tiada batasnya…tidak harus memberikan semuanya hanya untuk dia…
Alasan yang terakhir..membuat dia menemaniku selama 3 tahun ini… Dia tau AKU mengejar gadis2 lain dan AKU telah membuatnya menangis selama 3 tahun…