Esok temuduga DPLI. Entah kenapa mata masih belum hendak lelap. Padahal aku sudah berkira-kira untuk beradu lebih awal. Mungkin kerana penangan gurauan panggilan telefon sebentar tadi? Tidak mungkin. Walaupun aku cukup terkejut mulanya.
"Hello, awak effa ye. Tolong jangan ganggu boyfriend saya lagi!".
Haha.. macam aku tidak dapat meneka permainan itu. Permainan yang selalu dimain untuk mengenakan orang. Walaupun suara itu tidak dapat dicam dengan jelas. Namun aku tau "taktik lama". Terdetik rindu dihati. Rindu pada kawan-kawan yang lama tidak kedengaran khabar. Sesekali memecah sunyi membuat hati rasa gembira. Walaupun bermula dengan sapaan yang mengejutkan. Haha. Oklah, esok temuduga kan. Semoga segalanya dipermudahkan.. Aamin.
salam, semoga berjaya... amin
ReplyDeleteSalam. Semoga anda juga berjaya, Aamin..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan :)
all the very best to you, ok? :D
ReplyDeleteThanks nas :) semoga kita adalah antara yang terpilih.. Aamin
ReplyDelete