hilwanurnadwa

Haziefa, bermaksud 'saya Effa". Diambil dari bahasa arab hazi (I'am). Namaku Effa salwa, sejak dari kecil aku senang dengan panggilan Effa ada yang panggil fah. Namun sesekali (jarang ) orang memanggilku dengan nama Salwa. Aku sendiri kurang jelas kenapa. Aku suka mengenakan nama samaran di alam maya ini dengan hilwa nurnadwa. Hilwa yang sama maksud dengan Salwa iaitu manisan. Nur ialah cahaya. Manakala Nadwa ialah nama seorang budak arab yang pernah aku temui di airport suatu masa dulu. Entah kenapa aku boleh tertarik meminjam namanya, maka wujudlah hilwa nurnadwa.


Sedikit tentang diriku.


Untuk mengulas lebih lanjut tentang diri ini perlulah saya memberikan kredit kepada orang sekeliling yang banyak memberi kesan dalam pembentukkan siapa diri ini. Tanpa kamu semua Effa tidak akan menjadi Effa yang sekarang. Begitu adanya.


©      Ummi, Abah dan Adik-Adikku keluarga yang tercinta yang banyak menemani, mengembirakan, dan membimbingku agar aku kuat dan tabah. Akan aku selamanya memilih keluargaku kiranya perlu aku memilih. Tidak dilupa hamster-hamsterku yang menghibur dikala sendu, peneman di kala sunyi.


©      Guru-guruku yang tersayang -  C. Sarimah dan semua guru S.K bandar 2 Tawau. Ustzh Dg. Aina dan semua guru Sui Peng. Kecil. C. Rosnih dan semua guru S.K Kuala. C. Kamalia, C. Afidah, dan semua guru SMUI Papar. Ayahku, Pn. Roslida, Pn. Mazuri, dan semua lecturer Sekolah Pengurusan KUSZA. Pn. Zaidah, Pn. Joe, Dr. Burn dan semua lecturer Fakulti Pengurusan UTM. Terima kasih atas didikan dan kesudian mendengar dan meleraikan kebuntuan dengan Ilmu yang sangat berguna.


©      Sahabat-sahabat yang tidak akan ku lupa hingga akhir hayat:


©      Atie, nadia dan azimah – Kita bersama-sama bermain di bawah rumah ”kolong” belajar merasa luka, jatuh dan bangun. Kita adalah kanak-kanak riang.


©      Sar, Idah, sikin dan rakan-rakan S.K Pengalat Kecil – Kita bersama-sama merentas sawah berkaki ayam, berterik matahari. Namun girangnya bersahabat melupakan kepayahan.


©      Bibi, wan, acek, zehan dan rakan-rakan kelas Melur S.K Kuala – Belakang kantin skolah menjadi pentas cerita persahabatan kita. Dinding kelas menyaksikan persahabatan yang pelbagai rempah. Membentuk kesedaran di dalam diri tentang makna persahabatan dan kehidupan. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan dan jejak di belakang kita.


©      Almarhumah bulat, wardah, farah, Wahidah dan rakan-rakan S.M. U. I Kunak perintis yang kedua – Masih teringat kita berlari-lari mengejar belalang sambil membuai rindu dikejauhan. Sungguh kalian mengajar untuk tabah dengan gigitan rindu dan cekal dengan hujanan duga.


©      Dizah, Aya, Mar, dan semua rakan sekelas A S.M.U.I Papar – Gurau senda, suka duka dan Iri. Kalian memberikan aku kesedaran bahawa hidup ini adalah suatu perlumbaan yang membawa ke arah jaya dan bahagia, landasannya ialah agama yang terpelihara.


©      Nana, El, Zue, Akim, Kerol, Jaha dan Afif rakan sekelas Intrade KUSZA, K.Ida dan K.ina (xrumate) -  kalian banyak membantu tika diri dilanda hiba. Kenangan indah, suka dan suka yang kita lalui bersama akan terpahat kukuh disanubari ini.


©      Lela, Imah, Sue, Suhana, Zuli, Ina, My xrumate Ana dan Elmi dan rakan sekelas marketing dan rakan sekolej Tun Fatimah (UTM). Rasa rindu dalam hati tidak dapat terbayar dengan kata-kata.


©      Tina, Wong, Aida – Rakan sekerja yang memberikan aku ruang agar dapat aku menyesuaikan diri sebaiknya.


© Semua sahabat-sahabat yang pernah kutemu yang tidak dinyatakan di sini. Akan tetap selalu di hati.


Terima kasih kalian, andai kalian terbaca warkah ini. Sesungguhnya titip kerinduan itu tidak pernah padam, sudilah kiranya berhubung denganku. Ingin aku mendengar khabar kalian.


sign

No comments:

Post a Comment

as you saying :