Tuesday, July 14, 2009

Catatan 1

Terminal 6/27/2009 11:54 PM


Pada mulanya semua benar2 diluar jangkaan. Ini adalah permulaan sebuah episod baru. Setiap detik merupakan sebuah rantaian rakaman yang berharga. Mungkin. Apa yang pasti banyak persolaan belum terjawab. Hari keberangkatan merupakan hari yang boleh dikatakan serba serbi kekurangan, semuanya berserah pada ketentuanNYA dan Doa 100% kepadaNYA. Perjalanan yang mengambil masa 2jam 30 minit dirasakan begitu lama. Lebih2 lagi dingin yang semestinya menusuk hidung dan menyempitkan ruangan pernafasan. Melihat disekeliling ada yang bertopeng. Ini sedikit membuatkan aku risau. Iyalah penularan sebuah virus berbahaya itu mengecam tidak kira sesiapa pun. Aku memohon agar Allah melindungi aku dan keluargaku dari bahaya itu.


Sesampai di LCCT, terasa seperti sedang bermimpi, melihat langit yang seakan sama seperti langit atas rumah ku. Namun realitinya itu adalah langit di negeri orang. Usai mengambil barangan dari pemungutan kargo, aku meluru keluar. Mencari kelibat-kelibat yang bisa menjawab teka teki ku. Oh. Tidak kelihatan. Ku langsungkan saja kaki menuju ke musolla bagi menunaikan tanggungjawab dan juga bagi memohon petunjuk dariNYA. Alhamdulillah, tidak jauh aku melangkah keluar dari musolla,kelibat yang ku cari-cari kelihatan dari celah2 orang ramai. Uitm. Paparan tulisan kecil dia atas sebuah kad manila berwarna biru. Kiranya itulah yang menyambut aku dan rakan senegeri yang lain.


2009-06-28 23:14
Pandang Pertama


Perjalanan mengambil masa sejam setengah, sempat aku melelapkan mata seketika. Rupanya aku ditempatkan di ceruk bukit bukau, dikelilingi dengan kehijauan yang serba menenangkan. Mungkin sedikit sukar untuk berjalan-jalan. Dari jauh tersergam sebuah bangunan yang ku kira mempunyai 5 tingkat, itulah kediaman yang telah ditetapkan buat kami di Puncak Perdana.


Kabur


Persoalan demi persoalan timbul, namun jawapannya masih belu diketemukan. Masing-masing masih berteka teki. Aku ditempatkan bersama beberapa orang pelajar EDU yang lain. Masih lagi asing antara satu sama lain. Belum sempat berbicara, apalagi untuk cuba mengorek jawapan teka-teki. Perut yang kosong sedari keberangkatan dari tanah kediaman mula memberikan isyaratnya. Alhamdulillah, aku bertemu dengan sebuah keluarga yang datang menghantar anaknya belajar. Mereka sungguh bermurah hati dan peramah, walaupun aku adalah orang asing yang baru saja dikenali. Inilah antara norma berharga kehidupan masyarakat Malaysia kukira. Aku yang serba sendirian pada mulanya, kini berjalan berkumpulan bersama-sama dengan ahli keluarga yang datangnya dari sarawak itu. Walaupun ada bahasa yang aku kurang fahami. Tapi aku cuba untuk memahami, sememangnya ada serba sedikit bahasa yang biasa ku dengarkan di rumah (bahasa brunai). Kenyang aku dibelanja keluarga yang baik hati itu. Gembira. Hari sudah berlanjut ke malam, sudah tiba masa untuk berehat. Cerita ini akan disambung kemudian. InsyaAllah.

Saturday, June 20, 2009

Berita Gembira dari DPLI

AlhamduliLlah! Syukur 3la Allah. Tengahari yang selalunya bahang terasa dingin seakan beku. Selepas kembali dari temuduga GEMS, debaran semakin kuat. Setiap detik menanti jarum jam sampai ke nombor 12, ibarat seperti jarum yang menusuk-nusuk menambahkan kuatnya getaran hati. Pukul 12 tengahari hari ini bukanlah waktu seperti hari-hari yang lain. Hari inilah adalah jawapan segala teka-teki hala tuju aku esok hari. Terketar-ketar jari menekan keyboard, memasukkan nombor kad pengenalan. Menanti Page Loading seakan tidak terasa lantai yang dipijak. Mata dipejam, debaran semakin kuat. Mata dicelik perlahan.. mengintai-intai paparan masa depan itu.. S kah atau D kah?


S! Sukacita..! Terus aku berlari mendapatkan ummi dan abah mengkhabarkan berita gembira ini. Syukur, Alhamdulillah.. besarnya nikmat yang Engkau berikan ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.


27 hb ini aku akan berada di sana, di titik permulaan episod baru hidupku. Aku akan menjalani pembelajaran selama setahun sebelum aku bergelar pendidik. UiTM, here I come. Aku berazam dan bertekad dalam hati, aku akan sedaya upaya lakukan yang terbaik. Ya Allah permudahkan segala urusan kemasukkan ku nanti di sana. Doakan perjalananku untuk menjadi pendidik. Buat rakan-rakan dan adik-adik ku doakan semoga kalian juga dipermudahkan.. Aamin..



Catatan Kenangan di ladang anggur


Sesungguhnya terasa masa ini adalah waktu yang paling sukar. Hidup seakan tenggelam timbul, yang palingku risaukan ialah pudarnya semangat ini. Ku kuatkan hati menanti hari-hari yang penuh tanda tanya ini. Lagu ”Hakikat Bahagia” dan buku motivasi ”La Tahzan” sering menjadi teman dan penghibur agar aku tetap kuat dan sentiasa beringat. Sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya terasa diri ini sangat lemah dan tiada daya, saat ini hati benar-benar mendambakan kedamaian dan ketenangan yang bersandarkan kepada Allah.




Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu susah hati kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seperti makmum yang mendahului imam padahal ia tahu bahawa salam hanya boleh selepas imam lebih dahulu memberi salam. Segala masalah manusia dan rezeki itu sudah ditentukan, dan sudah selesai lima puluh ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.


”Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan.” (Surah An-Nahl: 1)


”Dan jika Allah menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalang limpah kurnia-NYA.” (Surah Yunus: 107)



InsyaAllah, bersabar dan ingati-Nya selalu. Sesungguhnya janji-janji Allah adalah benar dan rahmat Allah adalah yang paling manis dari segala manisan di dunia ini. Kepada semua.. Jazakallahu khair wa barakallahu fiikum.


sign

Tuesday, June 16, 2009

Hari Esok Penentu

Pagi ini aku mula mengintai-intai laman web UPU dengan penuh debaran, kerana mungkin keputusan DPLI sudah keluar. Jelas terpapar keputusan akan diumumkan esok 18hb Jun pada pukul 12.00 tengahari. Debaran semakin kuat, kini aku hanya mampu berdoa untuk esok hari.



Hari ini juga setelah sekian lama menyepi dan membisu, aku dikejutkan dengan deringan ringtone "rain drop". Memang sangat mengejutkan, nombor yang tidak ku kenali itu rupanya adalah panggilan dari GEMS (Graduate Employability Management Scheme) atau dengan kata lain PROGRAM PERANTISAN SISWAZAH (APPRENTICESHIP PROGRAMME) DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL BERHAD. Sungguh mengejutkan, esok aku perlu bersiap untuk ditemuduga untuk ke sekian kalinya dan esok juga aku akan mendapat keputusan DPLI.


Hatiku rasa cemas.. Or I can say that I feel like there are butterflies in my stomach. Namun, peliknya aku bukan cemas untuk bertemuduga.. tetapi cemas menanti keputusan DPLI esok. Doakan kejayaan ku esok.



Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon program GEMS. Anda boleh melayari Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi, atau klik di sini.


Apapun yang terjadi esok.. Aku berserah dan berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan.. Aamin..


Sunday, May 31, 2009

Sepucuk surat cinta

Ketika mengemas almari fail-fail lama, tertarik pandangan pada sepucuk surat cinta. Di baca perlahan. Berbunga-bunga dan indah bahasanya. Sapaanya jua terasa lembut. Saat yang gembira. Tapi ianya bukan dituju buatku. Penerimanya ialah adik. Ketika menghubungi adikku yang sedang belajar diperantauan, aku segera menanyakan perihal warkah cinta yang kutemui. Berasa hairan dengan permintaannya, namun ada makna yang terselit.



Adik    : Simpankan surat itu dikamarku.

Aku     : Bukankah itu cerita lama? Mengapa masih ingin disimpan?

Adik    : Walaupun ianya cerita lama, tapi ianya kisahku. Aku akan tetap menghargai setiap apa yang terjadi dalam hidupku.

Aku diam sejenak, berfikir. Selalu, ingin saja dibuang atau dipadamkan kisah-kisah yang tidak enak diingatan. Kisah pilu yang ibarat batu bara yang memedihkan, namun andai batu bara itu dimanfaatkan, ianya akan menyala dan menerangi ruang yang gelap, dan menghilangkan kedinginan.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan akan membawa sebuah pengertian, bukan kebencian atau permusuhan. Setiapnya ada hikmah dan ada pengertian yang patut diertikan.

Tuesday, May 26, 2009

Tawakkal 3alAllah

Sabda baginda Rasulullah, ertinya:

“Jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta bantuan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa sekiranya seluruh makhluk itu berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu selain berupa sesuatu nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu selain berupa sesuatu yang sudah ditetapkan Allah bagimu. Dan sekiranya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang ditetapkan Allah atasmu. Dakwat pena sudah habis dan lembaran-lembaran sudah dilipat.”



Ujian Medsi sudah, Temuduga pun sudah.. Kini tinggal doa dan tawakkal. Semoga dipermudahkan dan dikuatkan hati.. Aamin.

Friday, May 22, 2009

Temuduga DPLI

Esok temuduga DPLI. Entah kenapa mata masih belum hendak lelap. Padahal aku sudah berkira-kira untuk beradu lebih awal. Mungkin kerana penangan gurauan panggilan telefon sebentar tadi? Tidak mungkin. Walaupun aku cukup terkejut mulanya.

"Hello, awak effa ye. Tolong  jangan ganggu boyfriend saya lagi!".

Haha.. macam aku tidak dapat meneka permainan itu. Permainan yang selalu dimain untuk mengenakan orang. Walaupun suara itu tidak dapat dicam dengan jelas. Namun aku tau "taktik lama". Terdetik rindu dihati. Rindu pada kawan-kawan yang lama tidak kedengaran khabar. Sesekali memecah sunyi membuat hati rasa gembira. Walaupun bermula dengan sapaan yang mengejutkan. Haha. Oklah, esok temuduga kan. Semoga segalanya dipermudahkan.. Aamin.

Hamster Tales - Missing You..

Malam ini tidak seperti malam-malam yang lalu. Sepi dan rindu menggamit rasa. Ada rasa bersalah. Setiap halaman yang berkenaan cuba difahami. Namun, masih belum berjumpa dengan apa yang dicari. "Lagam" nama yang cukup popular di dalam rumah ini. Penghibur kami sekeluarga. "Makcik" yang lincah dan penyantun. Bukan apa, dia sangat rajin dan mungkin boleh di kira jelita. Pandai menghias diri dan menjaga pekertinya. Bukan ingin melebihkannya, tapi hakikat. Tidurnya sopan, ada malunya. Tidak seperti yang lain, terlentang terkuak. Badannya bersih dan berseri selalu. Lagaknya juga seakan matang. Makannya bersantun, menggunakan mangkuk. Tersedia tempat tidurnya, kemas. Lagaknya yang comel amat menggamit hati. Namun, sudah beberapa hari ini, dia kelihatan lemah. Nafasnya laju seakan tercungap. Matanya sebelah seakan sudah buta, kering. Selera makannya kurang. Badannya juga tidak terjaga. Hiba hati melihatnya begitu. "Lagam, kenapa kau ni?" Sapaan lembut. Tiada bersahut. Sepi. Sungguh tiada siapa yang pasti kenapa. Apa yang mampu di buat kini, cuma berbuat apa yang termampu dan dirasakan betul. Entahlah. Bukan tidak ingin untuk berusaha membawanya ke klinik. Tapi tragedi yang lalu sudah cukup memeritkan untuk diulang lagi. Tawakkal saja. Ku akan terus menemanimu. Semoga ada sinar harapan.

14:00 . 22 Mei 2009. Si Lagam telah tiada. Pergi tanpa disedari. Sedihnya.

Tuesday, May 19, 2009

FRIENDSHIP WISHES - To all My beloved friends

IT TAKES COURAGE


It takes strength to be firm,


It takes courage to be gentle.


It takes strength to conquer,


It takes courage to surrender.


It takes strength to be certain,


It takes courage to have doubt.


It takes strength to fit in,


It takes courage to stand out.


It takes strength to feel a friend's pain,


It takes courage to feel your own pain.


It takes strength to endure abuse,


It takes courage to stop it.


It takes strength to stand alone,


It takes courage to lean on another.


It takes strength to love,


It takes courage to be loved.


It takes strength to survive,


It takes courage to live.


-----------------------------------------------------


FRIENDSHIP WISH


By Author Unknown


May there always be work for your hands to do;


May your purse always hold a coin or two;


May the sun always shine on your window pane;


May a rainbow be certain to follow each rain;


May the hand of a friend always be near you;


May God fill your heart with gladness to cheer you.


Inspirational Poems

Monday, May 18, 2009

Yang Mana Satu Kamu? Kentang, Telur atau Kopi?

Suatu masa, seorang gadis mengadu kepada ayahnya tentang hidupnya yang bermasalah dan tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya. Dia sudah penat dan lelah untuk menghadapi dugaan hidup yang tidak pernah putus. Satu masalah selesai, timbul lagi satu masalah baru.



Ayahnya seorang tukang masak, dia membawa anaknya ke dapur. Tanpa berkata apa-apa, dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkan ketiga-tiganya di atas api.


Apabila mendidih, dia meletakkan kentang di satu periuk, telur di periuk yang lain, dan biji kopi di periuk yang lain. Kemudian menunggu ketiga-tiganya sehingga mendidih. Si anak menunggu dengan penuh hairan dengan tingkah laku ayahnya.


Selepas 20 minit, ayahnya mematikan api dan meletakkan kentang dan telur di dalam dan menuang kopi ke dalam cawan. Kemudian dia bertanya kepada anak gadisnya ”Anakku, apa yang kamu nampak?”. ”Kentang, telur dan kopi.” Jawab anaknya.


”Cuba kamu lihat dekat dan sentuh kentang itu” Gadis itu menuruti kata ayahnya, dia mendapati kentang itu menjadi lembut.


Kemudian ayahnya menyuruh gadis itu memecahkan telur. Selepas berjaya membuka kulit telur, dia mendapati ianya sebiji telur rebus yang masak penuh-pejal.


Akhir sekali, ayahnya menyuruh gadis itu merasa kopi di dalam cawan. Aromanya yang lazat, menyebabkan anaknya tersenyum. ”Ayah, apakah makna semua ini?” Tanya sigadis.


Ayahnya menerangkan, ”Kentang, telur dan kopi melalui tekanan yang sama – direbus. Walaubagaimanapun, setiap satunya memberi tindak balas yang berbeza. Kentang yang kuat bila di rebus menjadi lembut.


Telur yang mudah pecah, mempunyai kulit nipis untuk melindungi isi di dalam yang berbentuk cecair. Bila direbus isi di dalam mengeras.


Walaubagaimanapun, kopi memberikan tindak balas yang unik. Selepas direbus di dalam air yang mendidih, ianya bertukar menghasilkan sesuatu yang baru.”


”Mana satu kamu?” Tanya ayahnya.”Bila sesuatu menimpa kamu, bagaimana kamu menghadapinya?” Adakah kamu seperti kentang? Telur? Atau kopi?”


Dalam hidup, banyak perkara berlaku di sekeliling kita, banyak perkara yang menimpa kita, tetapi apa yang paling penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita.


Yang mana satukah kita? Bila masalah/ musibah datang, bagaimana tindak balas kita? Adakah ia menjadikan kita lemah, keras hati, atau ianya menjadikan kita berubah kepada seseorang yang lebih baik?


Mutiara kata: ”Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang kita cari, tetapi kebahagiaan ialah sesuatu yang kita cipta”


”Senyumlah tika gembira, senyumlah tika sakit; Senyumlah tika masalah turun bak hujan; senyumlah tika seseorang menyakitimu, dan senyumlah kerana seseorang ambil berat padamu.”



Cerita asal: http://www.ezsoftech.com/stories/mis67.asp

Terjemahan: hilwanurnadwa

Juara Tidak Akan Mengalah - Pepatah Arab

Seorang pemuda yang berputus asa dengan hidupnya, berputus asa dengan kerjayanya, berputus asa dengan perhubungannya, berputus asa untuk mengharap kepada Tuhannya, berhasrat untuk menamatkan hidupnya.





[caption id="" align="alignright" width="150" caption="BULUH DAN PAKU PAKIS "]BULUH DAN PAKU PAKIS[/caption]

Kemudian dia menuju ke dalam hutan. Untuk kali terakhir dia bertanya kepada Tuhannya. Wahai TuhanKU.. Berikan aku sebab untuk tidak berputus asa.. Lalu jawapan yang diterimanya telah membuatkan dia terkesima..


"Wahai pemuda lihat sekelilingmu, adakah kamu nampak pokok buluh dan paku pakis itu?". "Saya nampak" jawab si pemuda.



”Ketika AKU tanamkan benih paku pakis dan buluh itu, AKU menjaganya dengan baik. Berikan cahaya yang cukup, berikan air yang cukup. Kemudian, paku pakis tumbuh dengan cepat sehingga menutupi seluruh permukaan tanah. Akan tetapi tiada apa yang tumbuh daripada benih buluh. Tapi AKU tidak putus harap pada pokok buluh. Pada tahun kedua, paku pakis membiak dengan pesat dan banyak sekali. Namun masih belum ada apa-apa yang tumbuh daripada benih buluh.


Pada tahun ketiganya, benih buluh masih sama, tiada apa yang keluar daripadanya.AKU tidak berputus asa. Kemudian tahun keempat juga sama, masih tidak ada apa-apa yang tumbuh dari benih buluh. AKU tidak putus asa.


Sehinggalah tahun kelima, barulah ada kelihatan tunasnya yang kecil keluar dari tanah. Berbanding dengan paku pakis, ianya sangat kecil.. tapi setelah 6 bulan berlalu, pokok buluh itu tumbuh sehingga mencapai 100 kaki. Sesungguhnya, selama 5 tahun dulu ia menggunakan masa untuk menguatkan akarnya.


Akar itu membuatkan ia kuat dan memberikan ia apa yang diperlukannya. Aku tidak akan memberikan ujian yang hambaKU tidak termampu untuk laluinya.


Adakah kamu tahu, wahai hambaKU, selama waktu yang telah kamu tempuhi bersusah payah itu sebenarnya kamu sedang menguatkan akar kamu. AKU tidak akan berputus asa terhadap pokok buluh, dan AKU tidak berputus asa untuk kamu.


Jangan bandingkan diri kamu dengan yang lain. Pokok buluh punya cara yang berbeza dengan paku pakis. Namun kedua-duanya menghias hutan dengan cantik sekali. Masa kamu akan tiba, Kamu juga akan berjaya.”


Kemudian pemuda itu keluar dari hutan dan kembali ke pangkuan keluarganya berkongsi cerita itu. Dengan harapan dengan kata-kata itu dapat menyedarkan yang lain bahawa TUHAN tidak akan berputus asa dengan hamba-hambaNYA. ALLAH tidak akan berputus asa dengan kamu.



Moral: Dalam hidup jangan berhenti untuk berharap dan jangan berputus asa atau berhenti untuk berusaha dalam hidup maka dengan itu kejayaan dan kemenangan akan datang mendampingi kamu.



Dari:http://www.ezsoftech.com/stories/mis4.asp#perseverance


Terjemahan : hilwanurnadwa

Saturday, May 16, 2009

Buatlah Minuman Yang Sedap Dari Limau Nipis Yang Masam

Suatu ungkapan bermakna dari sebuah buku karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni (La-Tahzan). Ianya suatu ungkapan yang memberi makna positif terhadap musibah. Sesungguhnya setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Carilah hikmah itu dan syukurilah.
Ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh dari bahaya bisa ular.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu" (Al-Baqarah:216)

Ya Allah, ku pohon padaMu agar Engkau beriku kekuatan dalam mengharungi hidup ini, ku serahkan segalanya padaMu. Ya Rahman Ya Rahim.. Sesungguhnya ketentuanMu adalah yang terbaik untukku.. Aamin

Kisah Ibarat Pensil

Pembuat Pensil mengalihkan Pensil ke tepi, sebelum meletakkan ia ke dalam kotak. "Terdapat lima perkara yang perlu kamu ketahui," Pembuat Pensil memberitahu Pensil, "Sebelum saya menghantar kamu ke dunia luar. Kamu mesti ingat lima perkara ini dan jangan lupakannya, dengan itu kamu akan menjadi pensil yang terbaik."

1. "Kamu akan mampu melakukan banyak perkara-perkara hebat, hanya sekiranya kamu membenarkan diri kamu berada dalam pegangan tangan seseorang."

2. "Kamu akan mengalami proses penajaman yang sakit dari masa ke semasa, tetapi kamu perlukannya untuk memperbaiki diri kamu.”

3. "Kamu berupaya memperbetulkan mana-mana kesilapan yang telah kamu lakukan."

4. "Bahagian yang paling penting pada diri kamu akan selalu berada di dalam."

5. "Untuk setiap permukaan yang kamu lalui, kamu harus meninggalkan tanda. Tidak kira apa keadaan itu, kamu perlu terus menulis."

Pensil memahami dan berjanji untuk mengingat 5 perkara itu, dan masuk ke dalam kotak dengan sebuah matlamat dalam hatinya. Kini gantikan pula tempat Pensil dengan diri anda. Sentiasa beringat 5 perkara dan jangan lupakannya, dengan itu anda akan menjadi orang terbaik yang anda boleh jadi.

1. "Anda akan mampu melakukan banyak perkara-perkara hebat, hanya sekiranya anda membenarkan diri anda berada dalam pegangan Allah (SWT). Dan membantu sesama manusia dengan kelebihan dan kurniaan yang anda miliki.”

2. "Anda akan mengalami kesakitan penajaman dari masa ke semasa, dengan melalui pelbagai masalah hidup, tetapi anda akan memerlukannya untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah.”

3. "Anda akan berupaya memperbetulkan mana-mana kesilapan yang anda lakukan."

4. "Bahagian paling penting pada diri anda akan selalu berada di dalam."

5. "Pada setiap permukaan yang anda lalui, anda harus meninggalkan tanda anda. Tidak kira apa keadaan, anda perlu terus lakukan tugas-tugas anda."

Moral: Kisah ibarat Pensil menggalakkan anda untuk sedar bahawa anda seorang yang istimewa dan hanya anda yang boleh memenuhi impian anda sebagaimana yang telah ditetapkan. Jangan biarkan diri anda lemah semangat dan memikirkan yang hidup anda adalah sempit dan tidak boleh membuat perubahan.

Apa yang aku tertinggal?

Malam ni aku menghadiri kenduri yang diadakan di kampung. Sungguh aku buta dan jahil dengan suasana kampung. Aku mempunyai masalah mengenal orang, apalagi yang jarang aku temui. Aku ligat memerhatikan sekeliling. Tiada siapa yang aku kenali. Aku sudah hidup 23 tahun, masih ramai yang asing bagiku dalam keluargaku. Tidak tahu kenapa, tidak tahu apa yang aku tertinggal. Mungkin aku tertinggal masa lampau. Mungkin sebab aku terdidik dengan cara begini, buat aku bisu untuk berkata apa lagi beramah. Mereka asing bagiku. Aku cuma mengenal saudara terdekat sahaja. Sedih sungguh hati mengenang pada apa yang telah aku terlepas. Tapi apa yang aku mampu lakukan kini? Aku hanya terus berdiam sehingga habisnya. Cuma senyuman yang dapat aku berikan. Sedihnya.

Friday, May 15, 2009

Kisah Bunga dan Mutiara

Satu hari, sekuntum bunga yang cantik, wangi dan menarik bertemu sebutir mutiara yang tinggal jauh di dasar laut yang tiada ciri-ciri seperti bunga. Kedua-duanya berkenalan antara satu sama lain.

Bunga itu berkata: "Keluarga kami sangat besar terdiri dari  mawar dan daisi. Dan terdapat pelbagai jenis; masing-masing punya bau, rupa dan tarikan tersendiri."

Tiba-tiba, bunga itu kelihatan sedih. "Kata-kata kamu tidak menggambarkan kesedihan, jadi mengapa kamu bersedih? Mutiara itu bertanya.

"Manusia mempergunakan kami. Mereka menanam kami hanya kerana ingin mendapatkan wangian dan kecantikan kami. Kemudian, mereka membuang kami di tong sampah atau di jalanan apabila kami sudah tidak cantik dan tiada wangian lagi.”

Bunga itu mengeluh. Dan kemudian bunga itu berkata kepada mutiara: "Bagaimana pula hidupmu mutiara? Kamu tertanam jauh di dasar laut."

Mutiara itu menjawab: "Walaupun saya tiada warna-warni dan bau-bauan manis, manusia menganggap saya berharga. Mereka susah untuk mendapatkan saya. Mereka perlu menyelam dalam ke dasar laut untuk mencari saya. Semakin dalam, semakin susah saya ditemui maka semakin cantik dan bersinarlah saya.”

"Itu yang menaikkan nilai saya pada pandangan manusia. Saya hidup dalam cengkerang tebal yang terpencil dalam lautan gelap. Bagaimanapun, saya gembira dan bangga saya selamat dari tangan liar dan nakal manusia. Malah manusia menganggap saya amat berharga."

Tahukah anda apa yang melambangkan bunga atau mutiara?

Sekiranya difikir dalam..

Anda akan mendapati bahawa: Bunga itu merupakan wanita yang mendedahkan kecantikannya (menunjukkan kecantikannya) dan mutiara itu merupakan wanita memakai hijab (siapa menyembunyikan kecantikannya).

rasa hati ini

rasa hati ini,
persis ombak di laut putih,
sudah lama mendamba pantai,
sudah lama menanti badai,

rasa hati ini,
entahkan hidup entahkan mati,
terus tetap masih mencari,
walaupun kabur, ku masih menanti,

rasa hati ini,
kiranya mungkin ini berakhir,
pantas kah dikau berlari,
dakapi waktu yang kita impi?

rasa hati ini,
makin kelam makin dingin,
mungkin kerana ditenggelami pedih,
sisa-sisa luka yang pedih..

rasa hati ini,
mungkinkah dikau akan mengerti?
mungkinkah akan terus begini?

Duhai Masa

Buntu dengan apa yang dicari. Kelam dengan apa yang perlu dijaga. Kabur dengan waktu yang panjang. Jiwaku gundah, sepi, mungkin kerana sudah terlalu lama aku menidakkan semua.

Thursday, May 7, 2009

Kisah seorang gadis dan hamster

Larut malam yang sunyi, kelihatan kelibat seorang gadis termenung mengenang dukanya. Tangisnya dalam dan panjang. Hatinya bagai berkecai menjadi serpihan halus. Tika dia sedang leka melayan kesedihan terdengar bunyi yang sudah sekian malam didengarnya.
Itulah tikus peliharaannya, hamster. Sedang ligat berlari dalam rodanya. Terpikat si gadis untuk terus memerhatikan gelagat si kecil comel. Terkadang ia berlari ke kanan ke kiri, melompat-lompat, menggigit-gigit pintu pagarnya dan kemudian kembali bermain rodanya.

Si gadis  meluahkan rasa kepada si hamster. Berkata si gadis:
"Adakah engaku tahu aku sedang berduka wahai hamster.." namun sudah pasti hamster tidak dapat menjawab atau memberi tindak balas untuk memujuk. Hamster terus ligat dengan aktiviti hariannya.

Terfikir si gadis dan berkata "Engkau tidak pernah bosan dan berduka, walaupun dudukmu cuma disangkar kecil itu. Penat engkau rehat. Jaga engkau berlari,melompa, bermain perkara yang sama untuk setiap hari. Setiap hari engkau  bangun dengan penuh semangat, walaupun engkau tahu tidak banyak yang dapat engkau lakukan. Sabar dan tabahnya engkau wahai hamster.."
Di usap-usapnya hamster yang terus berlagak seperti hamster. Tiada henti semangatnya. Seraya sigadis menyambung lagi "Setiap kali kau jaga seperti hari yang baru untukmu walaupun kau duduk ditempat yang sama, begitulah semangatmu wahai hamster. Walau aku tinggalkan kau bersendirian kau tetap sama. Bila aku menyayangimu atau melebihkan mu kau tetap sama.. tetap menjadi dirimu. Tiada apa yang membuatkan semangatmu luntur.. aku kagum denganmu hamster.. kau kuat.. SUBHANALLAH! " terucap kata kekaguman sigadis pada ciptaan yang Maha Agung. Begitu ciptaan Ilahi yang Maha Pemurah memberikan hidayah dan semangat. Kagum sigadis serta beristighfar akan kesilapannya. "Hamster, engkau tetap menjadi dirimu.. tetapi engkau telah bukakan hatiku untuk berfikir.. terima kasih hamster. Esok aku bangun dengan harapan yang baru"

Kisah seorang gadis dan hamster

Kisah seorang gadis dan hamster

Larut malam yang sunyi, kelihatan kelibat seorang gadis termenung mengenang dukanya. Tangisnya dalam dan panjang. Hatinya bagai berkecai menjadi serpihan halus. Tika dia sedang leka melayan kesedihan terdengar bunyi yang sudah sekian malam didengarnya.
Itulah tikus peliharaannya, hamster. Sedang ligat berlari dalam rodanya. Terpikat si gadis untuk terus memerhatikan gelagat si kecil comel. Terkadang ia berlari ke kanan ke kiri, melompat-lompat, menggigit-gigit pintu pagarnya dan kemudian kembali bermain rodanya.

Si gadis  meluahkan rasa kepada si hamster. Berkata si gadis:
"Adakah engaku tahu aku sedang berduka wahai hamster.." namun sudah pasti hamster tidak dapat menjawab atau memberi tindak balas untuk memujuk. Hamster terus ligat dengan aktiviti hariannya.

Terfikir si gadis dan berkata "Engkau tidak pernah bosan dan berduka, walaupun dudukmu cuma disangkar kecil itu. Penat engkau rehat. Jaga engkau berlari,melompa, bermain perkara yang sama untuk setiap hari. Setiap hari engkau  bangun dengan penuh semangat, walaupun engkau tahu tidak banyak yang dapat engkau lakukan. Sabar dan tabahnya engkau wahai hamster.."
Di usap-usapnya hamster yang terus berlagak seperti hamster. Tiada henti semangatnya. Seraya sigadis menyambung lagi "Setiap kali kau jaga seperti hari yang baru untukmu walaupun kau duduk ditempat yang sama, begitulah semangatmu wahai hamster. Walau aku tinggalkan kau bersendirian kau tetap sama. Bila aku menyayangimu atau melebihkan mu kau tetap sama.. tetap menjadi dirimu. Tiada apa yang membuatkan semangatmu luntur.. aku kagum denganmu hamster.. kau kuat.. SUBHANALLAH! " terucap kata kekaguman sigadis pada ciptaan yang Maha Agung. Begitu ciptaan Ilahi yang Maha Pemurah memberikan hidayah dan semangat. Kagum sigadis serta beristighfar akan kesilapannya. "Hamster, engkau tetap menjadi dirimu.. tetapi engkau telah bukakan hatiku untuk berfikir.. terima kasih hamster. Esok aku bangun dengan harapan yang baru"

Life circle

Did you see the light?
Its so bright
I'm feel happy
really happy
I'm smiling and laughing
It's a new beginning
Everything is exciting..

Did you see it is raining?
There is thunder
Its so cold
I'm chill out
I'm scared
this is scary
I need hugging
and cares from other

Did you see that star?
The bright and shiny star
I'm going to catch it
coz its so beautiful
but its so far away
I have to keep moving
I want to reach it

Did you see that tornado?
Its blew everything
There is nothing left
Im alone and empty
what am I gonna do now..

Did you see the flower?
Its preety
makes me feel happy again
makes me forgot the bad thing had happened
Its a colorfull and blooming flower

I want to open a new chapter of my life..

Just like that flower

open its petal and bloom once again..

Just like this life is never last

Jurnal Hati

Rasa pedih dan pilu mengundang. Apa yang termampu dilakukan. Mungkin perlu teruskan diam. Kerana tiada daya untuk berkata lagi. Biarlah kata hati. Apa yang akan terjadi relakan. Terima apa adanya. Berserah dengan pasti kebahagiaan pasti akan datang jua.
Siapa di dalam dunia ini yang dapat menduga kebahagiaan atau kesengsaraan dengan tepat sekiranya kehilangan sesuatu. Masih jauh dan panjang perjalanan yang perlu ditempuh.

Mungkin aku kuat hari ini, tapi, mungkin esok akan goyah.Itulah hati yang rapuh, membentuk akal yang goncang. Perlu diperkuatkan dengan Iman. Hati bersendirian tanpa Iman akan membawa padah. Ianya sangat memerlukan antara satu sama lain. Siapa hati dan akal untuk menduga arus bersendirian. Mudahnya hati ini terusik mempengaruhi akal. Butanya akal ini bila dipengaruhi hati. Membawa hati mati..

Saat ini seperti ada sesuatu yang rasa amat diperlukan. Itulah pujukan Iman, sapaan kekuatan yang menyelamatkan semangat dari tenggelam. Misterinya rasa diri ini. Seakan jauh dan asing tidak dikenali.. bila ianya diduga.

Friday, April 17, 2009

Ujian MEdSI~ DPLI

Esok saya akan menduduki ujian MEdSI. Saya pun tak tahu apa yang patut saya buat sebagai persiapan, setelah lama bertapa dirumah. Mungkin rasa kekok sedikit. Apapun, persediaan mental, emosi dan fizikal adalah sangat penting. Ada empat kategori yang akan diuji iaitu ujian Personaliti, Minat Kerjaya, Integriti dan Kecerdasan Emosi. Sebanyak 300 soalan perlu dijawab dalam masa sejam, oleh itu setiap satu soalan perlu dijawab dalam masa 2saat. InsyaAllah.. Bittaufiq wannajah..

20090417230526

Ni gambar ilustrasi penulis yang bakal menjadi guru.. Aamin

Tips legakan resdung/ alergi di muka

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi skit tentang tips nak legakan alahan kat muka ni, terutama resdung hidung. Urutan ni ummi saya yang ajarkan, Alhamdulillah sedikit sebanyak lega skit pas buat urutan ni. Cara dia senang je, urut guna jari telunjuk belah kanan dan kiri. Letak jari kedua-dua tangan kat bawah kening, kemudian urut pelan. Tarik tuun sampai tepi hidung, turun ke dagu, leher dan ke bahu. Ulang sampai rasa lega skit. Saya ada lampirkan gambar kat bawah untuk lebih faham. InsyaAllah.. semoga berguna.

20090417224631

p.s ini cuma tips yang tidak pernah diuji secara saintifik, jadi saya tidak tahu sekiranya ianya benar menjanjikan kelegaan. Walaubagaimanapun, ianya berkesan pada saya. ^,^ Senyum selalu..

lagi p.s gambar ni saya lukis sendirik... hahaha..

Saturday, March 28, 2009

Download free movie the latest and the box office movie

Download free movie the latest and the box office movie

Hello everyone, today I want to share something usefull. Here are few link that provide free movies download. Enjoy and have a nice day watching :)

1. http://fizzazone.blogspot.com/

2. http://www.alivedownload.com/

3. http://iwillsearch4u.com/

4. http://funzuu.blogspot.com/

I already download and watch few movies :)

Five Ways to Make Unemployment Work for You

Five Ways to Make Unemployment Work for You
by Katherine Tom, for Yahoo! HotJobs
ride_balloon_flight

Hate your job? Unemployment might not seem like an attractive alternative, but it comes with one major upside: more time. With the right game plan, you can take advantage of a temporary pause between jobs to reevaluate and rejuvenate your entire career.

Dean LaTourette, co-author of "Time Off! The Upside to Downtime," observes, "While it can be a scary time, most people who allow themselves a break find that getting laid off or quitting their job ends up being one of the best career moves they ever made."

1. Work Your Network

Sure, you're browsing the job listings every day and applying to positions as they come up. But imagine if you could multiply your efforts a hundredfold. Today's online networking sites not only make it a breeze to let your friends know you're looking for work, they also give you access to your friends' networks. That's an exponential increase in potential employment connections.

Make sure all of your online info is up-to-date and typo-free, re-activate resumes that you may have hidden when you found your last job, and let your friends and colleagues know that you're actively seeking employment.

2. Get an Internship or Volunteer

If you're considering a complete career change, working for free may be your best bet for gaining experience in your desired field. Well-established volunteer and internship programs often include formal training, which is basically like a free education in your new vocation. If you have technical skills or a consulting background, doing pro bono work can be a great way to build your portfolio while contributing to a good cause.

3. Go Back to School

In addition to traditional graduate schools, there are dozens of options for getting job-relevant training year-round. Most major universities offer extension courses for a variety of professional fields including marketing, graphic design, and computer programming. Media Bistro, another valuable resource, offers writing and media courses both online and in six cities across the U.S.

4. Explore Your Hobbies

Ever spent a spare moment at work wishing you could spend more time fishing, painting, cooking, or whatever your passion is? Well consider your wish granted. Unemployment can be a perfect time to explore your personal passions. At worst, you'll get to enjoy yourself, and at best you may find a way to make money doing what you love.

Michelle Goodman, author of the "Anti 9 to 5 Guide," points out that "even if you're not going for investment money, it's helpful to write down the basics of your business plan: how much it will take to break even, the cost of supplies, analysis of your competitors. Putting it on paper makes it hard to be in denial about finances."

5. Travel

Recently the Center for Economic and Policy Research released a report entitled "No Vacation Nation" which revealed that 1 in 4 American workers receive no paid vacation or holidays. Even those lucky employees who get paid time off receive up to 30 days fewer than their European counterparts. So take advantage of your time off and take a well-deserved vacation. If you sublet your apartment or home and choose a cheap destination, you could even end up saving money while you're away.
To read Katherine Tom's article visit:

http://hotjobs.yahoo.com/career-articles-five_ways_to_make_unemployment_work_for_you-234

Reflexive Patcher

download di sini

Reflexive Patcher 2009

1. Download game dari laman Reflexive, dan Install. Unmark (Launch File) dan tekan Finish.
2. Buka R.A.A-P.C.exe
3. Klik "Unwrap".
4. Cari fail game.Double click, pilih EXE.game. Save as (NamaGame)-Unwrapped.exe akan keluar, dan pilih save.Exit R.A.A-P.C.exe.
5. Buka Program File>Folder game> cari EXE. game yang asal, dan tukarkan nama fail kepada cth:(NamaGame)old.exe (cuma tambahkan "old" selepas namagame)
6. Kemudian di tempat yang sama, tukarkan nama (NamaGame)-Unwrapped.exe kepada nama asal game. (buangkan -Unwrapped)
7. Klik pada fail di no. 6, atau klik pada game shortcut. Selamat Mencuba :)

Download here

Reflexive Arcade Games Patcher 2009

A greate Solution to Reflexive games activation.
A must have tool who loves Reflexive games.

How to make it work:
Step One - Download game and install (but of course)
Step Two - Open the “R.A.A-P.C.exe”
Step Three - Click on “Patch” or “Unwrap” (I have personally only used the “Unwrap” so far)
Step Four - (If unwrapping) Click on the game EXE. It will want to save it as “(Game)-Unwrapped.exe” which is fine.
Step five - Go to the game folder and change the original game EXE to (example) “(Game)old.exe” and make the unwrapped EXE to the original EXE name.
Step Six - Click on game and have fun.
For the Patch I think you just click on the game EXE on step four and then continue straight to step six. Good Luck :)

Thursday, January 22, 2009

Assalamualaikum

-----------------------------------------------------

code:

<a href="http://s62.photobucket.com/albums/h115/efsal/?action=view&current=aslkm-1.gif"><img src="http://i62.photobucket.com/albums/h115/efsal/aslkm-1.gif" alt="Assalamualaikum" style="border:0px solid;"></a>

-----------------------------------------------------

Era baru.. Aku terus mencari

Setelah dua bulan berlalu, masih belum bertunas usahaku selama beberapa bulan yang lepas. Mungkin, ada yang masih belum cukup aku usahakan. Terasa semakin hari semakin dingin, semakin suram. Hari-hari yang berlalu seperti angin, tiada untuk ku gapai. Sedih.. Risau.. Kabur.. Keliru.. Macam-macam ku rasa.. Seakan semakin hari semakin luntur semangat ku untuk bangkit, apa lagi untuk meneruskan usaha juang mencari permulaan makna hidupku ini. Semestinya aku dengar di berita jumlah pengangguran semakin meningkat.. Apalagi dengan ramalan 5 ancaman dunia 2010. Pasti sangat menggerunkan. Masalah kekurangan bekalan air bersih, masalah kekurangan makanan, masalah pengangguran bertauliah, masalah perumahan dan insuran, masalah matawang dan akhir sekali krisis perindustrian.


Di manakah diri ini pada 2010? Gerun aku memikirkan, tapi.. semakin luluh hati ini untuk mengharap. Mungkinkah aku kecewa?. Mungkin juga usahaku belum cukup.. aku perlu berfikiran positif, lebih positif. Bukan perlu, tapi mesti. Ada lagi ruang-ruang usaha yang belum aku terokai.


Untuk kawan-kawan yang sama-sama berjuang mencari pekerjaan, mari kita sama-sama teruskan usaha. Semoga berjaya dan semoga dipermudahkan segala yang dihajati. Aamin..