Wednesday, January 30, 2008

alkisah seorang lelaki dan seekor rama-rama

tersebut kisah, di sebuah kediaman yang harmoni, tinggal seorang lelaki yang mempunyai sebuah taman yang cantik
terdapat pelbagai jenis bunga di taman itu.. keharmoniannya memikat rama-rama untuk selalu bermain-main di sekitar taman

pada suatu hari, ketika lelaki itu bersiar-siar.. menikmati indah panorama di tamannya..
dia terlihat akan sebuah kepompong rama-rama di atas sebuah dahan.. lelaki itu tertarik untuk menunggu keluarnya sebuah rama-rama yang cantik penghias tamannya

hari demi hari, dia akan segera melihat ke arah kepompong rama-rama itu..
hingga tiba lah masanya rama-rama itu keluar dari kepompong
dalam kepayahan.. perlahan-lahan sedikit demi sedikit kepompong itu carik..
ia cuba sedaya upaya keluar sedikit demi sedikit..
lelaki itu melihat dengan penuh kegembiraan, setelah sekian hari menanti keluarnya rama-rama itu

kelihatan rama-rama mengalami kesukaran, tetapi dia terus mencuba..
gagal.. ia terus cuba lagi.. gagal.. ia terus berusaha kuat lagi..

melihat keadaan rama-rama itu.. lelaki ini berasa kasihan kepadanya.. lelaki ini merasa ingin membantu rama-rama tersebut untuk keluar..
perlahan-lahan.. lelaki itu membuatkan sebuah lubang agar senang rama-rama itu dapat keluar..

sangkanya begitu..

keluarlah si rama-rama dengan mudah atas bantuan dari lelaki tersebut.. akan tetapi bila rama-rama itu keluar, ia tidak seperti yang disangka..
rama-rama itu tidak mampu terbang dan tidak dapat menjadi seperti rama-rama lain..
kerana rama-rama itu tidak melalui keperitan dan kesusahan yang perlu ia lalui sebagai melengkapi prosesnya menjad seekor rama-rama yang cantik..
untuk seekor rama-rama keluar dari kepompong ia perlu behempas pulas dengan usahanya sendiri.. atas usaha dan keperitan akan mengeluarkan cecair dari badannya..
yang akan memberikan tenaga pada sayapnya.. apabila is berjaya keluar...

~~~~~~~~~~~~~~~~~
begitulah juga kisah hidup manusia.. kita perlu menghadapi keperitan dan kesusahan dalam hidup untuk berjaya..
tiada jalan pintas yang akan membawa kita kepada kejayaan yang sebenar..
kesusahan dan kesukaran dalam hidup akan memberikan kita kematangan dan pengalaman berharga..

1 comment:

  1. walau dalam perjalanan ini kutempuhi pelbagai cabaran onak duri..
    namun, ku selalu fikirkan.. semua ini akan menjadi berharga..
    ya.. mesti terus kuatkan usaha.. never give up!!

    ~keep moving forward~~ ^_^
    salah xpe.. leh baiki.. terus baiki diri..

    ReplyDelete

as you saying :