Tuesday, March 18, 2008

Harapan Seluas Langit

Terkenang, suatu ketika dulu aku pernah menangis diejek rakan kelas ku kerana aku mendapat nombor tercorot. Perlahan nenenda mengusap kepalaku, "usah menangis cu, pandanglah ke atas.. selagi kau lihat langit itu luas.. begitulah seluasnya harapan untukmu, kamu akan berjaya cu.." ujarnya sambil menghadiahkan senyuman. Aku pegang kata-kata itu, setiap kali aku akan memandang langit untuk mencari semangat.. ya.. sampai sekarang.




Tiiiit... "Puan, client kita dah sampai". Terhenti lamunan ku seketika, jauhnya aku mengenang. Sambil tersenyum ku mulakan langkahku. Langkah seorang peraih.. ya.. dengan kata-kata itu. Aku kini punya syarikat sendiri.. tentulah HARAPAN Holdings sdn bhd..


Sambil memandang ke ruangan jendela, ku tatap langit yang tiada bertepi..
hatiku berkata.. peluangku untuk berjaya tiada bertepi, selagi langit luas terbentang.. aku akan terus mara kehadapan.. kerana ku yakin.. harapan itu seluas langit..

No comments:

Post a Comment

as you saying :