Sunday, September 26, 2010

Firework!! My heart is on Fire!!

Indahnya menyaksikan hujan bunga-bunga api yang berwarna-warni bersama-sama orang tersayang. Bunyi dentuman kuat terasa sampai ke dalam hati, melebarkan senyuman bahagia. Riang. Nampak di wajah masing-masing kemanisan bahagia dan kegembiraan yang terjamin.

Aku suka lihat bunga api. Riang hati. Aku berharap dapat menyaksikan lagi bunga api bersama orang tersayang. Seperti yang aku lihat semalam. Mungkin kerana aku memang suka menatap langit di kala malam, lihat bintang dan keagungan ciptaan Allah. Rasa diri kerdil dan sangat bersyukur. Semoga impian ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.. Aamin.

No comments:

Post a Comment

as you saying :