Friday, April 17, 2009

Ujian MEdSI~ DPLI

Esok saya akan menduduki ujian MEdSI. Saya pun tak tahu apa yang patut saya buat sebagai persiapan, setelah lama bertapa dirumah. Mungkin rasa kekok sedikit. Apapun, persediaan mental, emosi dan fizikal adalah sangat penting. Ada empat kategori yang akan diuji iaitu ujian Personaliti, Minat Kerjaya, Integriti dan Kecerdasan Emosi. Sebanyak 300 soalan perlu dijawab dalam masa sejam, oleh itu setiap satu soalan perlu dijawab dalam masa 2saat. InsyaAllah.. Bittaufiq wannajah..

20090417230526

Ni gambar ilustrasi penulis yang bakal menjadi guru.. Aamin

2 comments:

  1. TAHNIAH kerana berminat dengan kerjaya sebagai pendidik. saya juga bakal guru. insyallah 2 tahun lagi.

    tertarik dengan ujian medsi saya adalah kumpulan pertama yang mengambil ujian ini.. Alhamdulillah berjaya lepasi.

    yang paling menariknya lagi ialah apabila saya sekarang menuntut sendiri dengan prof madya dr sidek mohd noah yang merupakan pengarah bagi program ujian tersebut.

    semoga berjaya. jwab dengan jujur. jangan menipu kerana ia mempunyai skala mengesan kejujuran kita.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen anda :) ya, betul seperti apa yang dikatakan. Soalan MeDSI banyak yang seakan berulang, seakan sama, seakan menguji kebenaran pada satu jawapan dengan jawapan lain. Tahniah kerana berjaya sebagai perintis MeDSI :)

    Bittawfiq wannajah.. Semoga dipermudahkan segalanya... Aamin

    ReplyDelete

as you saying :