Saturday, June 20, 2009

Berita Gembira dari DPLI

AlhamduliLlah! Syukur 3la Allah. Tengahari yang selalunya bahang terasa dingin seakan beku. Selepas kembali dari temuduga GEMS, debaran semakin kuat. Setiap detik menanti jarum jam sampai ke nombor 12, ibarat seperti jarum yang menusuk-nusuk menambahkan kuatnya getaran hati. Pukul 12 tengahari hari ini bukanlah waktu seperti hari-hari yang lain. Hari inilah adalah jawapan segala teka-teki hala tuju aku esok hari. Terketar-ketar jari menekan keyboard, memasukkan nombor kad pengenalan. Menanti Page Loading seakan tidak terasa lantai yang dipijak. Mata dipejam, debaran semakin kuat. Mata dicelik perlahan.. mengintai-intai paparan masa depan itu.. S kah atau D kah?


S! Sukacita..! Terus aku berlari mendapatkan ummi dan abah mengkhabarkan berita gembira ini. Syukur, Alhamdulillah.. besarnya nikmat yang Engkau berikan ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.


27 hb ini aku akan berada di sana, di titik permulaan episod baru hidupku. Aku akan menjalani pembelajaran selama setahun sebelum aku bergelar pendidik. UiTM, here I come. Aku berazam dan bertekad dalam hati, aku akan sedaya upaya lakukan yang terbaik. Ya Allah permudahkan segala urusan kemasukkan ku nanti di sana. Doakan perjalananku untuk menjadi pendidik. Buat rakan-rakan dan adik-adik ku doakan semoga kalian juga dipermudahkan.. Aamin..



Catatan Kenangan di ladang anggur


Sesungguhnya terasa masa ini adalah waktu yang paling sukar. Hidup seakan tenggelam timbul, yang palingku risaukan ialah pudarnya semangat ini. Ku kuatkan hati menanti hari-hari yang penuh tanda tanya ini. Lagu ”Hakikat Bahagia” dan buku motivasi ”La Tahzan” sering menjadi teman dan penghibur agar aku tetap kuat dan sentiasa beringat. Sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya terasa diri ini sangat lemah dan tiada daya, saat ini hati benar-benar mendambakan kedamaian dan ketenangan yang bersandarkan kepada Allah.




Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu susah hati kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seperti makmum yang mendahului imam padahal ia tahu bahawa salam hanya boleh selepas imam lebih dahulu memberi salam. Segala masalah manusia dan rezeki itu sudah ditentukan, dan sudah selesai lima puluh ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.


”Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu minta disegerakan.” (Surah An-Nahl: 1)


”Dan jika Allah menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalang limpah kurnia-NYA.” (Surah Yunus: 107)



InsyaAllah, bersabar dan ingati-Nya selalu. Sesungguhnya janji-janji Allah adalah benar dan rahmat Allah adalah yang paling manis dari segala manisan di dunia ini. Kepada semua.. Jazakallahu khair wa barakallahu fiikum.


sign

4 comments:

  1. ini emel YM saya, cherrish_baby@yahoo.com

    bidang perdagangan jugak ek? samalah kita.. selamat menempuh profesion perguruan.

    PENDIDIK MERUPAKAN SATU KERJA YANG MULIA, KERJA INI DIANGGAP IBADAH, BERPAHALA KERANA ALLAH DAN DIPANDANG TINGGI OLEH MASYARAKAT. TAHNIAH!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih :) Selamat juga kepada nas..

    Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga kita dapat melaksanakan amanah sebaiknya :)

    ReplyDelete
  3. Alfu Mabruk Alayk... moga sntiasa thabat n isitiqamah..:)

    ReplyDelete
  4. Syukran wa jazakumullahu khairan :)

    ReplyDelete

as you saying :