Wednesday, June 16, 2010

Penantian

"Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah(DPLi) - Kementerian Pendidikan Malaysia KEPADA SEMUA PELAJAR DPLI KEMASUKAN JULAI 2009 ANDA BOLEH MENYEMAK PENEMPATAN DIJANGKAKAN DIPENGHUJUNG BULAN JUN 2010..HARAP MAKLUM."

Antara benar atau tidak, ianya tetap sebuah penantian. Begitu juga halnya dengan menanti Tuntutan Pencen arwah abah.

Masa berlalu, keperluan untuk "wang" makin menghimpit, dengan hutang kereta, rumah dsb. Terfikir disudut hati, tidakkah mereka rasa berdosa kerana melambatkan pemberian hak milik kami (anak yatim)? Sudah lengkap semua borang dan juga urusan mahkamah. Sekarang semua urusan mereka, adakah mereka dapat senang lenang sedangkan orang lain yang menunggu urusannya susah?

Bila ditelefon ke pejabat, mereka keluar.. minum2. Pukul 9 pagi, pukul 3 petang susahnya mendapatkan mereka. Hati ini mengatakan mereka kejam. Apa yang mereka perlu tangguhkan? Tidakkah mereka takut.. tanggungjawab tetap tanggungjawab, itu yang akan dipersoalkan nanti diakhirat. Tentang harta peninggalan abah tu, sangat2 kami perlukan untuk meneruskan hidup. Bukan baru.. Sudah lama masa berlalu sekarang sudah lebih setengah tahun. Apa yang mereka buat? 

Saban hari, kami hanya mampu berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.. Alhamdulillah ummi bekerja. Dapatlah menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan menyara kami 7 beradik.

Cuma hati ini terfikir, bagaimana dengan keluarga yang kehilangan ayah yang bekerja kerajaan tetapi ibu suri rumah sepenuh masa? Anak ramai dan masih kecil dan bersekolah? Tuntutan pencen pula ambil masa lama untuk dapat.. Kasihan.. 

Hari itu di mahkamah, kelihatan seorang ibu bersama beberapa orang anak kecil dengan keadaan hiba dan nampak dhaif. Mereka datang dari jauh untuk urusan menuntut harta ayah mereka. Sedangkan kesedihan belum habis, pihak lain pula menambah beban di bahu-bahu mereka. Sedih melihatkan keadaan mereka.. Sesungguhnya hanya Allah lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment

as you saying :