Sunday, February 17, 2008

Sebuah kotak hadiah

Petang itu, kedengaran riang seorang budak perempuan berlari-lari mendapatkan ayahnya.
"ayah.. Dah balik.. NiNi nak minta pembalut hadiah sehelai, boleh ayah?"

"NiNi nak buat ape? Jangan gune sembarangan nanti membazir.."

"NINI nak balut hadiah.. Boleh la ayah.. Boleh ye" Nin Memujuk dengan wajah manja.

"Okeyla.. tapi, ayah tak nak NINI guna untuk main2 tau.. Mebazir tu tak elok nak.."

"Baik ayah.." Gembira terlakar diwajahnya.. nini berlalu dengan senyuman.

Esoknya semasa keluarga itu sedang menikmati sarapan. Nini turun dengan membawa sesuatu, kemudian bergegas mendapatkan ayahnya.
"Ayah! Nini ada hadiah istimewa untuk ayah.." sambil menghulurkan sebuah kotak besar yang dibalut dengan pembalut berwarna pink.
"Buka la ayah, Nini bagi hadiah yang istimewa buat ayah.. Ayah bukala kat tempat kerja ayah nanti ye.."
tersenyum dengan penuh harapan, matanya bersinar-sinar menunjukkan kesungguhannya.

Ditempat kerja..
Ayah Nini membuka hadiah tersebut, ternyata kosong di dalamnya. Sedikit marah timbul dibenak ayahnya kerana nini telah melakukan sesuatu yang membazir.. fikirnya..
Sekembalinya Ayah ke rumah, NINI bergegas mendapatkan ayahnya.
"Ayah suka tak hadiah NINI?"
"Nini.. ayah kata dah kan jangan membazir, Nini balut kotak kosong ni kan dah membazir, sayang je pembalut tu.. Ayah tak suka nini buat macam ni..
pasni ayah tak nak bagi nini lagi pembalut"..
Wajah Nini berubah sedih.. dengan sedikit tersekat-sekat, nini mula menangis.
"tapi.. nini dah masukan banyak2 ciuman NIni kat dalam kotak tu.. pastu nini dah jerit dalam tu nini sayang ayah banyak2"
terangnya sambil teresak-esak... sedikit kecewa..
tersentak ayah nini.. memeluk lembut anak perempuan kesayangannya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terkadang benda yang nampak biasa tidak ternampak nilainya pada orang lain, tetapi amat bernilai bagi kita. Kotak hadiah yang kosong itu cumalah sebuah kotak kosong pada pandangan orang lain.
Tetapi ianya merupakan tanda jutaan kasih sayang Nini kepada ayahnya. Sesuatu itu akan menjadi tinggi nilainya dengan sentuhan kasih sayang. Kini, kotak kosong itu merupakan hadiah yang amat bermakna buat ayah Nini.
Begitulah hendaknya.. kehebatan kasih sayang.. bukan terletak pada material.. tetapi sedalam mana ia menyentuh hati sanubari..

2 comments:

  1. aah cian Nini.. tapi.. dengan hadiah itu, buat ayah Nini tersedar nilai kasih sayang yang dapat menukar sesuatu yang asalnya tidak bernilai kepada sesuatu yang amat tinggi nilainya.. hehe :)
    Sebenarnya kisah ni, sye penah terbaca.. tapi, sye xde simpananya, so karang balik.. seperti ape y ada dalam ingatan saye.. hehe
    begitula seadanya :)

    ReplyDelete

as you saying :