Thursday, September 18, 2008

Iktibar Dari Alam

Kegagalan itu seperti ubat, pahit tapi ia akan memberikan kesan yang baik pada masa akan datang. Rasa  pahit untuk menelannya begitu saja. Air digunakan sebagai pembantu menhadapi kepahitan itu.

Begitulah kegagalan, rasanya pahit.. Namun, dengan usaha serta semangat kuat yang tidak putus umpama air yang jatuhnya tiada henti.. rasa pahit itu dapat dihadapi dengan mudah.. Seperti seorang yang sakit, kesan ubat bukan ditelan hanya sekali dua, usaha dan doa perlu berterusan.. Kejayaan pasti dikecapi. Menelan ubat itu, kepahitannya cuma seketika, cuma rasanya yang pahit menyebabkan ianya terasa berat.. Pahit itu perit, namun ingatlah selepas kepahitan kemanisan akan menyusul :) InsyaAllah..

Munculnya pelangi selepas hujan, tumbuhnya bunga dari ranting yang patah.. Gugusan bintang menghiasi malam.. Ialah iktibar..

Sesungguhnya setiap apa yang ada dimuka bumi ini sentiasa memberikan pengajaran dan semangat untuk kita mengambil iktibar..  sayangnya Engkau kepada hamba-hambaMu.. SubhanALLAH..

No comments:

Post a Comment

as you saying :