Monday, September 29, 2008

Lewat malam

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi, namun mataku masih lagi belum hendak pejam. Bukan kerana aku tidak mengantuk, tapi.. masih banyak yang berlegar diruang pemikiranku. Tentang hidup, dan tentang masa depan. Tentang cinta.. yang banyak tanda tanya.

Seperti selalu, keadaan yang aku telah biasa lalui.. namun air mata tetap hadir menemani. Tika ini, akan hadirlah kembali luka2 yang pernah membaluti hati ini. Mungkin dia tidak bermaksud begitu.. Mungkin dia juga seperti aku... sedang bingung dalam menjawab persoalan hidupnya.. Aku ingin sesekali berfikiran positif terhadap dia..

Mungkin juga dia lupakan aku? tak perlukan aku?.. Mungkin.. dari lagak gayanya.. atau mungkin juga dari pemikiran negatif ku saja.. Entahlah.. hati ini sudah sarat dengan tanda tanya..

Wish he will manage to solve his problem.. since he doesn't want any help from me..

No comments:

Post a Comment

as you saying :