Saturday, May 16, 2009

Apa yang aku tertinggal?

Malam ni aku menghadiri kenduri yang diadakan di kampung. Sungguh aku buta dan jahil dengan suasana kampung. Aku mempunyai masalah mengenal orang, apalagi yang jarang aku temui. Aku ligat memerhatikan sekeliling. Tiada siapa yang aku kenali. Aku sudah hidup 23 tahun, masih ramai yang asing bagiku dalam keluargaku. Tidak tahu kenapa, tidak tahu apa yang aku tertinggal. Mungkin aku tertinggal masa lampau. Mungkin sebab aku terdidik dengan cara begini, buat aku bisu untuk berkata apa lagi beramah. Mereka asing bagiku. Aku cuma mengenal saudara terdekat sahaja. Sedih sungguh hati mengenang pada apa yang telah aku terlepas. Tapi apa yang aku mampu lakukan kini? Aku hanya terus berdiam sehingga habisnya. Cuma senyuman yang dapat aku berikan. Sedihnya.

2 comments:

  1. ehemmm...ada blog sudah...hahhaha 2 ja..bkn komen apa pon

    ReplyDelete
  2. jangan lupa menyedut lagu di http://mp3xport.blogspot.com

    kalau lagu xda .. oder ! oder ! ho ho .. opps polis .. lariiiiiiii :P

    ReplyDelete

as you saying :