Friday, May 15, 2009

Kisah Bunga dan Mutiara

Satu hari, sekuntum bunga yang cantik, wangi dan menarik bertemu sebutir mutiara yang tinggal jauh di dasar laut yang tiada ciri-ciri seperti bunga. Kedua-duanya berkenalan antara satu sama lain.

Bunga itu berkata: "Keluarga kami sangat besar terdiri dari  mawar dan daisi. Dan terdapat pelbagai jenis; masing-masing punya bau, rupa dan tarikan tersendiri."

Tiba-tiba, bunga itu kelihatan sedih. "Kata-kata kamu tidak menggambarkan kesedihan, jadi mengapa kamu bersedih? Mutiara itu bertanya.

"Manusia mempergunakan kami. Mereka menanam kami hanya kerana ingin mendapatkan wangian dan kecantikan kami. Kemudian, mereka membuang kami di tong sampah atau di jalanan apabila kami sudah tidak cantik dan tiada wangian lagi.”

Bunga itu mengeluh. Dan kemudian bunga itu berkata kepada mutiara: "Bagaimana pula hidupmu mutiara? Kamu tertanam jauh di dasar laut."

Mutiara itu menjawab: "Walaupun saya tiada warna-warni dan bau-bauan manis, manusia menganggap saya berharga. Mereka susah untuk mendapatkan saya. Mereka perlu menyelam dalam ke dasar laut untuk mencari saya. Semakin dalam, semakin susah saya ditemui maka semakin cantik dan bersinarlah saya.”

"Itu yang menaikkan nilai saya pada pandangan manusia. Saya hidup dalam cengkerang tebal yang terpencil dalam lautan gelap. Bagaimanapun, saya gembira dan bangga saya selamat dari tangan liar dan nakal manusia. Malah manusia menganggap saya amat berharga."

Tahukah anda apa yang melambangkan bunga atau mutiara?

Sekiranya difikir dalam..

Anda akan mendapati bahawa: Bunga itu merupakan wanita yang mendedahkan kecantikannya (menunjukkan kecantikannya) dan mutiara itu merupakan wanita memakai hijab (siapa menyembunyikan kecantikannya).

No comments:

Post a Comment

as you saying :