Monday, May 18, 2009

Juara Tidak Akan Mengalah - Pepatah Arab

Seorang pemuda yang berputus asa dengan hidupnya, berputus asa dengan kerjayanya, berputus asa dengan perhubungannya, berputus asa untuk mengharap kepada Tuhannya, berhasrat untuk menamatkan hidupnya.





[caption id="" align="alignright" width="150" caption="BULUH DAN PAKU PAKIS "]BULUH DAN PAKU PAKIS[/caption]

Kemudian dia menuju ke dalam hutan. Untuk kali terakhir dia bertanya kepada Tuhannya. Wahai TuhanKU.. Berikan aku sebab untuk tidak berputus asa.. Lalu jawapan yang diterimanya telah membuatkan dia terkesima..


"Wahai pemuda lihat sekelilingmu, adakah kamu nampak pokok buluh dan paku pakis itu?". "Saya nampak" jawab si pemuda.



”Ketika AKU tanamkan benih paku pakis dan buluh itu, AKU menjaganya dengan baik. Berikan cahaya yang cukup, berikan air yang cukup. Kemudian, paku pakis tumbuh dengan cepat sehingga menutupi seluruh permukaan tanah. Akan tetapi tiada apa yang tumbuh daripada benih buluh. Tapi AKU tidak putus harap pada pokok buluh. Pada tahun kedua, paku pakis membiak dengan pesat dan banyak sekali. Namun masih belum ada apa-apa yang tumbuh daripada benih buluh.


Pada tahun ketiganya, benih buluh masih sama, tiada apa yang keluar daripadanya.AKU tidak berputus asa. Kemudian tahun keempat juga sama, masih tidak ada apa-apa yang tumbuh dari benih buluh. AKU tidak putus asa.


Sehinggalah tahun kelima, barulah ada kelihatan tunasnya yang kecil keluar dari tanah. Berbanding dengan paku pakis, ianya sangat kecil.. tapi setelah 6 bulan berlalu, pokok buluh itu tumbuh sehingga mencapai 100 kaki. Sesungguhnya, selama 5 tahun dulu ia menggunakan masa untuk menguatkan akarnya.


Akar itu membuatkan ia kuat dan memberikan ia apa yang diperlukannya. Aku tidak akan memberikan ujian yang hambaKU tidak termampu untuk laluinya.


Adakah kamu tahu, wahai hambaKU, selama waktu yang telah kamu tempuhi bersusah payah itu sebenarnya kamu sedang menguatkan akar kamu. AKU tidak akan berputus asa terhadap pokok buluh, dan AKU tidak berputus asa untuk kamu.


Jangan bandingkan diri kamu dengan yang lain. Pokok buluh punya cara yang berbeza dengan paku pakis. Namun kedua-duanya menghias hutan dengan cantik sekali. Masa kamu akan tiba, Kamu juga akan berjaya.”


Kemudian pemuda itu keluar dari hutan dan kembali ke pangkuan keluarganya berkongsi cerita itu. Dengan harapan dengan kata-kata itu dapat menyedarkan yang lain bahawa TUHAN tidak akan berputus asa dengan hamba-hambaNYA. ALLAH tidak akan berputus asa dengan kamu.



Moral: Dalam hidup jangan berhenti untuk berharap dan jangan berputus asa atau berhenti untuk berusaha dalam hidup maka dengan itu kejayaan dan kemenangan akan datang mendampingi kamu.



Dari:http://www.ezsoftech.com/stories/mis4.asp#perseverance


Terjemahan : hilwanurnadwa

No comments:

Post a Comment

as you saying :