Saturday, May 16, 2009

Kisah Ibarat Pensil

Pembuat Pensil mengalihkan Pensil ke tepi, sebelum meletakkan ia ke dalam kotak. "Terdapat lima perkara yang perlu kamu ketahui," Pembuat Pensil memberitahu Pensil, "Sebelum saya menghantar kamu ke dunia luar. Kamu mesti ingat lima perkara ini dan jangan lupakannya, dengan itu kamu akan menjadi pensil yang terbaik."

1. "Kamu akan mampu melakukan banyak perkara-perkara hebat, hanya sekiranya kamu membenarkan diri kamu berada dalam pegangan tangan seseorang."

2. "Kamu akan mengalami proses penajaman yang sakit dari masa ke semasa, tetapi kamu perlukannya untuk memperbaiki diri kamu.”

3. "Kamu berupaya memperbetulkan mana-mana kesilapan yang telah kamu lakukan."

4. "Bahagian yang paling penting pada diri kamu akan selalu berada di dalam."

5. "Untuk setiap permukaan yang kamu lalui, kamu harus meninggalkan tanda. Tidak kira apa keadaan itu, kamu perlu terus menulis."

Pensil memahami dan berjanji untuk mengingat 5 perkara itu, dan masuk ke dalam kotak dengan sebuah matlamat dalam hatinya. Kini gantikan pula tempat Pensil dengan diri anda. Sentiasa beringat 5 perkara dan jangan lupakannya, dengan itu anda akan menjadi orang terbaik yang anda boleh jadi.

1. "Anda akan mampu melakukan banyak perkara-perkara hebat, hanya sekiranya anda membenarkan diri anda berada dalam pegangan Allah (SWT). Dan membantu sesama manusia dengan kelebihan dan kurniaan yang anda miliki.”

2. "Anda akan mengalami kesakitan penajaman dari masa ke semasa, dengan melalui pelbagai masalah hidup, tetapi anda akan memerlukannya untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah.”

3. "Anda akan berupaya memperbetulkan mana-mana kesilapan yang anda lakukan."

4. "Bahagian paling penting pada diri anda akan selalu berada di dalam."

5. "Pada setiap permukaan yang anda lalui, anda harus meninggalkan tanda anda. Tidak kira apa keadaan, anda perlu terus lakukan tugas-tugas anda."

Moral: Kisah ibarat Pensil menggalakkan anda untuk sedar bahawa anda seorang yang istimewa dan hanya anda yang boleh memenuhi impian anda sebagaimana yang telah ditetapkan. Jangan biarkan diri anda lemah semangat dan memikirkan yang hidup anda adalah sempit dan tidak boleh membuat perubahan.

No comments:

Post a Comment

as you saying :